Monday, January 12, 2009

Tuesday, January 6, 2009

Kempen Boikot Barangan Yahudi Israel Bersama Sekutunya


Ikhwah dan akhawat sekalian...
Berhati-hati !!! ketika membeli barangan kegunaan harian anda.
Firman Allah S.W.T:








FAKTA
* Sejak 1966 Coca Cola meyokong penuh negara Israel. Coca Cola telah menerima anugerah tertinggi daripada kerajaan Israel kerana lebih 30 tahun menyokong mereka serta membantah boikot Liga Arab terhadap Israel.Sebagai ganjaran daripada kerajaan Israel, Coca Cola akan membina kilang baru di tanah yang dirampas daripada orang Palestin iaitu di Kiryat Gat.
* McDonald mempunyai 30,000 restoran di 121 buah negara serata dunia. Pengerusi dan CEO Mc Donald - Jack M. Greenberg, Pengarah Terhormat Dewan Perdagangan dan Industri American-Israel. McDonald Corporation adalah rakan korporat terbesar dalam Kesatuan Tabung Yahudi dan Pertubuhan Yahudi. Melalui komisyen Israel, Kesatuan Tabung Yahudi bergerak untuk membiayai ketenteraan Amerika, sokongan ekonomi dan diplomatik untuk Israel.
* 50.1% syarikat Swiss dimilikki oleh syarikat Israel, Osem Investments. Pada tahun 2000 mengumumkan untuk melabur berjuta-juta dolar di Israel dalam R&D. Peter Brabeck-Letmathe bagi pihak Nestle pula menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Netanyahu.
* Pameran Walt Disney Millennium di Epcot Centre Florida menonjolkan Jerusalem sebagai ibu negara Israel. Kos US 8 juta untuk pameran ini dibiayai oleh US dan 1.8 juta oleh Israel untuk menentukan isi kandungan pameran. Ini adalah kempen Israel menggunakan Disneyland untuk memberi gambaran Jerusalem adalah milik mereka.
* Nokia melabur begitu banyak di Israel dan memanggilnya PROJEK ISRAEL.
* Pada tahun 1998 Roger S. Fineon bagi pihak Johnson & Johnson, menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Israel Netanyahu.
* Jutawan Ronald Perelman yang memiliki Revlon adalah seorang Zionis. Penyokong kuat Zionis. Merupakan pemegang amanah Pusat Simon Wiesenthal Center yang menggunakan Holocaust untuk mendapatkan sokongan Zionisme dan Israel.
* Intel adalah penyokong kuat Israel. Pusat pembangunan pertama di luar Amerika didirikan di Haifa pada 1974.
* Pengerusi Estée Lauder, Ronald Lauder, pernah menjadi pengerusi Persidangan Utama Kesatuan Amerika Yahudi. Beliau juga adalah presiden Tabung Kebangsaan Yahudi yang fungsinya ialah untuk menghalalkan pengambilan tanah rakyat Palestin oleh Israel.
* Fakta : AOL memperuntukkan 30% daripada portfolio keuntungan di Israel. Pada tahun 1998 AOL menerima anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Netanyahu.
Senarai Barangan Boikot
Adakah kita rela untuk menyumbangkan wang untuk musuh-musuh Islam?Adakah kita rela saudara seaqidah dengan kita dibedil dengan peluru-peluru akibat dari sumbangan kita?
Tersebut disenaraikan beberapa barangan yang dikenal pasti mempunyai kaitan pengeluarannya dengan Yahudi Israeil.
Makanan
Syarikat Tasty FoodsProduk: Makanan RinganJenama: Samba, Fun, Lays... dan sebagainya.
Syarikat HeinzProduk: Puri Tomato, Ketchup, Sos Cili & Tomato... dan sebagainya.
Syarikat LambertProduk: Gula-gulaJenama: Chiclets, Adams, Clorets, Snack, Halls... dan sebagainya.
Syarikat HosstessProduk: Makanan Ringan & KekJenama: Twinkess, Hos Hos, Cup Cake... dan sebagainya.
Syarikat CadburyProduk: Coklat, Gula-gula, makanan ringan... dan sebagainya.
Syarikat Coca-colaProduk: Minuman bergasJenama: Coca-cola, Fanta, Sprite, Pepsi, 7-up, Mountain Dew, Miranda... dan sebagainya.
Syarikat Hadaiq California
Syarikat RockyProduk: Basbuosah, Jeli Om-Ali... dan sebagainya.
Syarikat Perrier-VittelProduk: Air Galian Barakah... dan sebagainya
Syarikat NestleProduk: Makanan Ringan, Minuman, Campuran MasakanJenama: Kit-kat, Perrier, Nescafe, Maggie, Vittel, Pure Life, Nido, Smarties, Lion, Polo, After Eight, Coffe Mate, Nesquik, Aero, Quality Street, Felix (makanan haiwan-kucing), Croose & Blackwell, Milkmaid, Carnation, Shreddies, Baci Baby Ruth, ButterFinger, MilkyBar, Frutips... dan sebagainya.
Syarikat AmericanaProduk: Burger, Sausage, Ayam... dan sebagainya.
Minyak Sayuran Rawabi, Fern
Makaroni Columbus, Hayo
Chipsy
Delta
Super Market
Sainsburry
Heiz
Edge
Tesco
Kedai Makan/Restoran
McDonalds
Tikka
Kentucky Fried Chicken (KFC)
Kantis
Arby's
Pizza Hut
Chicken Tikka
Paradise
McBurger
Alat Pencuci dan Kecantikan
Syarikat Procter & GambleProduk: Kesihatan, Syampu, SabunJenama: Head & Shoulders, Pert Plus, Pantene, Always, Tide, Crest, Pampers, Lux, Palmolive, Camay, Zest, Ariel, Fairy, Signal 2, Close Up, Colgate, Monsieur Propre, Oil of Olaz, Petrol Hahn, Pringles, Sanicroix, Tampax, Tempo, Vicks, Vizir, Yes Swiffer, Ace, Action 500, Bonux, Mr Clean... dan sebagainya.
Syarikat PalmoliveProduk: Pencuci dan SabunJenama: Ajax, Palmolive, Tahiti, Axion, Bingo, Fabe, Felire, La croix, Mennen, Murphy... dan sebagainya.
Syarikat Johnson & JohnsonProduk: Kesihatan dan Penjagaan Diri
Syarikat JohnsonProduk: Pewangi dan Ubat Nyah SeranggaJenama: Raid, Glade... dan sebaginya.
Syarikat Revlon Make-up
Syarikat East In Sambel
Syarikat Beverly Hills
Syarikat Sitreen
Bahan Tenaga
Bateri Kenderaan Milestone
Bateri Kenderaan Powder
Bateri Kecil Energyzer, Duracell, Eveready... dan sebagainya.

Alatan Sukan
Nike
Universal
Power
Paramount
Youngers
Pakaian
Jean's Basic
Kelvin Klein
Levi's
Basic
Ralph Lauren
Alatan Pejabat
Syarikat Delta Egypt
Parker Schiffer
Pen Schiffer
Higher
Alatan Komunikasi dan Teknologi Maklumat
Mac
IBM
Intel
Uracel
Nokia
Motorola
Digital

Sunday, January 4, 2009

180 kmh


apa benda ni sebenarnya...
lu pikirla sndiri ...

autoshow ledang @ pasar tani bukit gambir

























































































































































































































































































































autoshow ni berlangsung semalam jadi aku sempatla menyibukan diri aku kt tengah² crowded kat sini...huhu. kira ok ar banyak gak penyertaan, gila² gak kereta n motor yang masuk autoshow ni. cam xcaya pun ada ni...yela 1st time kt pekan koboi ni wat autoshow. pape pun tahniah pd FMC " Facesless Motor Club " yg anjurkan benda ni, sekurang²nya ramai yang datang kt pekan kecik ni. Semoga pasni ada lagi xtvt camni kat pekan ni yek. sebenonya banyak lagi kete² n moto² yang ada kt show 2 tp aku xdapat nak amek ar..banyak sangat makhluk² yg menghalang aku dari mengambil gambo² kete n moto 2 sume...

Thursday, January 1, 2009

Mengantuk di pejabat



RASA kurang cergas, mengantuk selepas makan tengah hari dan letih antara masalah biasa yang dialami kebanyakan orang. Perkara ini lebih ketara dalam tempoh satu hingga dua jam selepas makan tengah hari yang boleh menyebabkan produktiviti terjejas.Kadangkala kita hairan bagaimana orang yang jauh lebih tua boleh kekal cergas dan sentiasa bersemangat melaksanakan tugasnya.
Sebenarnya masalah cepat letih dan kurang cergas disebabkan gaya hidup, tabiat pemakanan dan cara kita mengawal minda serta emosi.Tabiat dan pemilihan makanan mempengaruhi tahap kecergasan seseorang. Beberapa cara boleh dilakukan untuk meningkatkan kecergasan dan mengatasi masalah cepat letih serta mengantuk di tempat kerja.
Mesti bersarapan walaupun anda tidak rasa lapar. Kajian menunjukkan individu yang bersarapan berasa lebih baik daripada segi mental dan fizikal. Penyelidik dari Universiti Cardiff, United Kingdom mendapati hidangan seringkas bijirin sarapan pagi boleh merendahkan tahap hormon kortisol iaitu hormon yang menyebabkan tekanan.
Makan setiap tiga hingga empat jam dalam kuantiti kecil — maknanya anda mesti makan pagi, tengah hari dan malam. Makan secara teratur tiga kali sehari boleh mengawal paras gula dalam darah. Makan sedikit tetapi kerap lebih baik daripada makan banyak pada satu-satu masa. Ini kerana badan menggunakan lebih tenaga untuk menghadam makanan dan ini boleh membuatkan anda berasa letih.Pastikan setiap hidangan mengandungi karbohidrat dan protein sebagai sumber tenaga. Karbohidrat dari makanan ditukar kepada gula ringkas (sebagai tenaga) dan ini secara tidak langsung mengurangkan keinginan anda kepada makanan manis.
Lebihkan pengambilan sumber serat — Untuk mengekalkan kesihatan, kita disaran mengambil sekurang-kurangnya lima hidangan serat setiap hari tetapi jika mahu meningkatkan tahap kesihatan dan mencegah penyakit, kita perlu makan lima hingga sembilan hidangan sayur-sayuran dan buah-buahan sehari.Serat bukan saja membuat kita berasa lebih cepat kenyang, tetapi tempoh kenyang itu juga lebih lama. Ini kerana serat memperlahankan ‘kemasukan’ karbohidrat ke dalam darah yang membuatkan tenaga tahan lebih lama.
Minum banyak air. Air sangat penting untuk memastikan semua organ berfungsi secara optimum. Kekurangan air walaupun sedikit boleh membuatkan darah menjadi pekat dan memaksa jantung untuk mengepam lebih kuat. Tanpa disedari perkara ini menyebabkan kita terasa penat.Air juga membantu melancarkan aliran nutrien ke seluruh badan. Ia juga mengembalikan kepekatan darah ke paras normal. Jika anda berasa mengantuk, terutama selepas makan tengah hari, itu tandanya kurang oksigen sampai ke otak. Untuk mengatasinya, minum lebih banyak air masak bagi menghilangkan rasa mengantuk.Berapa banyak perlu minum? Sekurang-kurangnya lapan gelas atau satu liter sehari. Ada pengamal perubatan alternatif berpendapat satu liter masih tidak memadai kerana jumlah air yang hilang dari badan mungkin lebih banyak, terutama jika bersenam dan ketika cuaca panas. Jadi kita disaran minum lebih banyak kerana air menjadi bahan paling murah untuk menyingkir bahan toksik daripada badan. Antara cara untuk mengetahui sama ada anda cukup air atau tidak ialah mengira kekerapan ke tandas dan warna air kencing.Kekerapan yang normal ialah sekali dalam masa dua hingga empat jam dan air sepatutnya jernih serta berwarna kuning cair. Selain minum air kosong, sumber cecair lain ialah jus buah, sup dan buah-buahan yang mengandungi banyak air seperti tembikai, oren dan anggur. Namun individu yang ada masalah berat badan berlebihan digalak lebih banyak minum air kosong bagi mengelak pertambahan kalori yang tidak diperlukan daripada gula.
Kurangkan pengambilan minuman mengandungi kafein, terutama pada waktu petang dan malam. Kafein mempunyai kesan diuretik iaitu yang membuatkan anda kerap buang air kecil dan kehilangan banyak air. Bagaimanapun, ini bukan bermakna anda tidak boleh minum kopi atau teh kerana sekadar satu cawan tidak mendatangkan mudarat.Kajian menunjukkan pengambilan kafein pada kadar sederhana (200 hingga 300 miligram daripada dua atau tiga cawan kopi) boleh membuatkan kita berasa segar selama beberapa jam yang menyebabkan sukar untuk tidur malam dan akibatnya kita akan letih dan mengantuk di tempat kerja.
Segarkan semangat anda. Pilihan untuk gembira, sedih, malas atau rajin ada di tangan kita. Keletihan fizikal tidak sama dengan keletihan mental. Biasanya keletihan mental membuat anda berasa tidak bermaya dan tiada semangat untuk melakukan sebarang perkara.Keletihan fizikal hilang selepas kita mandi, berehat atau tidur seketika. Namun keletihan mental, termasuk perasaan sedih, marah, geram, bosan, bimbang atau tekanan lain, akan berlarutan selagi ia tidak ditangani.Badan bertindak balas terhadap perasaan yang kita pilih. Jika kita mahu berasa gembira, secara automatik badan dan otak terasa lebih bertenaga dan cergas. Namun jika anda masih terasa lesu, cuci muka. Ada kajian menunjukkan terapi air yang mudah ini boleh membuatkan kita berasa lebih segar.
Jangan mengeluh dan hilangkan apa yang terbuku dalam hati. Keluhan memberi kesan negatif kepada semangat kita. Perasaan terbuku sebenarnya adalah kesan sampingan tekanan yang boleh menyebabkan degupan jantung menjadi cepat dan meningkatkan tekanan darah.Kenal pasti apa yang membuatkan anda berasa tidak puas hati dan cari jalan untuk menyelesaikannya. Jika ia membabitkan perkara di luar bidang kuasa dan kemampuan kita, cara terbaik ialah dengan berasa reda kerana kita memang tidak mungkin memiliki semua yang diingini.Jangan pandang rendah pada diri sendiri kerana tuhan menjadikan setiap insan sebagai individu yang sangat unik. Cari kelebihan diri dan gunakan ia sebagai perangsang semangat untuk menjalani hidup dengan lebih baik. Didik diri menjadi pemaaf kerana sikap ini sebenarnya memberi kesan positif terhadap minda dan emosi kita.
Amalkan teknik pernafasan betul. Tarik nafas dalam-dalam (hingga terasa udara masuk ke dalam perut), tahan seketika dan lepaskan perlahan-lahan. Ulang 10 kali. Apabila dalam keadaan tertekan, pernafasan menjadi cepat dan pendek. Akibatnya kurang oksigen dibawa masuk ke dalam badan yang membuatkan kita berasa cepat letih.
Senyum dan lakukan perkara baik. Senyuman bukan saja membuat orang berasa senang, tetapi ia juga mententeramkan perasaan kita. Selain itu, lakukan perkara baik dengan membantu orang lain. Peluang untuk berbuat baik sentiasa ada di keliling keliling kita, terpulang kepada anda sama ada mahu memanfaatkannya.
Kurangkan penggunaan televisyen dan komputer selepas jam 8 malam. Malam adalah waktu untuk anda berehat. Cahaya televisyen dan komputer menyebabkan anda lebih sukar tidur dan berehat.
Belajar menangani tekanan. Jika ada masalah, usah pendam sendirian. Luahkan kepada orang yang anda percaya dan boleh menyimpan rahsia. Jika anda sukar meluahkan perasaan dengan kata-kata, curahkan masalah anda di atas kertas. Ini juga sebahagian daripada terapi untuk mengurangkan tekanan.
Dapat rehat secukupnya. Pastikan anda mendapat cukup tidur yang berkualiti. Jika di tempat kerja, berhenti rehat seketika setiap jam dengan bangun dari tempat duduk untuk mengurangkan tekanan pada sesetengah anggota badan.
Bersenam. Ini adalah cara efektif untuk mengembalikan tenaga. Ramai bertanya kalau sudah letih bagaimana mahu bersenam? Rahsianya, apabila anda bersenam, badan mengeluarkan tenaga daripada lemak yang disimpan dan ia secara tidak langsung membuat anda berasa lebih segar, fikiran tenang serta mudah tidur pada waktu malam.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Sunday/SakitTuan/20081207105825/Article/indexp_html

Hachiroku Idamanku




aku betul² gila kat kete ni, kira jatuh cinta pandang pertama ar tapi apakan daya tangan tak sampai. Kalau korang nak tau harga kereta ni melampau harganya, dah mengalahkan harga kete baru...kira² sama dengan harga proton persona base line baru...huhu. kepada yang tak tau apa nama kete ni aku bagitau ar..kete ni jenis toyota corolla TRUENO AE86. pape pun namamu tetap di hati ♥♥♥